Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan
Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain.
Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang
syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie
Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:
1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan
badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud
Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin
yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah
dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh
Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna
dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan
perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat
am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis
dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan
baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang
diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur,
mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam
kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut
keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan
sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi
pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak
jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama
dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati
akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar,
menjauhi dosa dan syubhat.
6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan
jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan
mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak
nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam
mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak
akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah
kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu
yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi
kepada manusia.
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu
penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk
manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk
menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa
depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain
dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang
lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke
jalan Allah.
0 komentar:
Posting Komentar